Klik 'Play'

Sunday, August 1, 2010

Amr ma'ruf dan Nahi mungkar

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..," Ali Imraan, 110.

Semua kaum, bangsa, etnik, puak dan sebagainya juga mengamalkan konsep 'Amr Ma'ruf, Nahi Mungkar'. Kalau kita melihat, adakah orang cina suka pada judi, begitu juga dengan orang india, mereka sangat membenci perbuatan mencuri dan merompak.

Namun, mereka tidak memenuhi satu lagi ciri yang ditegaskan dalam ayat diatas iaitu beriman kepada Allah. Dalam ayat diatas menyatakan, selepas 'Amr ma'ruf, Nahi mungkar' mestilah sertakan dengan beriman kepada tuhan pencipta alam.

Sekiranya kita dapat mengamalkan sepertimana yang dianjurkan dalam ayat diatas, pastinya kita merupakan satu umat yang disebut sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan ke dunia ini.

Oleh dalam usaha kita untuk melakukan 'Amr ma'ruf dan Nahi mungkar', tidak sepatutnya melupakan tanggungjawab seorang hamba yang telah mengakui dengan mengucap dua kalimah syadah iaitu tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pula merupakan pesuruh Allah.

Mereka seperti itulah merupakan umat yang terbaik.


Wednesday, January 20, 2010



Mursyidul 'Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuesday, January 19, 2010

Cinta dan rindu I

Apabila kita berbicara mengenai cinta dan rindu, kita tidak dapat lari soal hati dan rasa. Semenangnya tidak dapat dinafikan bahawa cinta dan rindu letaknya di hati. Hati merupakan raja kepada setiap anggota dalam diri manusia.

Sabda Rasullah saw yang bermaksud: "Bahawasanya dalam jasad anak adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah, daging itu ialah Hati," riwayat Bukhari.

Ini bermakna, cinta dan rindu haruslah bersmei dalam hati cinta dan rindu yang 'baik'. Barulah hati akan menjadi baik begitu juga dengan anggota lain, akan juga menjadi baik. Tetapi jika cinta dan rindu yang jahat, maka jahatlah hati. Kesannya jahatlah seluruh anggota badan.

Pendek kata, jagalah hati dengan baik. Janganlah dibiarkan hati itu penuh dengan cinta dan rindu yang salah. Kesannya sangat buruk, bahkan terlalu menjejekkan.

Seperti juga menyerahkan kepimpinan kepada seorang penjahat. Semestinya kita tahu apakah kesannya kepada pemerintah dalam negara. Pemimpin yang jahat akan melakukan kemungkaran, kezaliaman, kejahatan, dan lain-lain perbuatan terkutuk yang bakal meruntuhkan pendudukan bahkan negara.

Oleh itu, begitulah dengan sekeping hati yang jahat, ia boleh memusnahkan diri kita kelembah kejahatan. Jadi berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati memberi cinta dan rindu kepada seseorang.

Persoalan yang bermain di fikiran kita ialah siapakah yang patut kita harus memberi cinta dan pada siapa kita mesti rindu. Berkemungkinan ada dikalangan kita tertanya-tanya, kemungkinan cinta dan rindu ini harus diberikan kepada buah hati atau kekasih atau si dia yang selalu diingati.

Jika membuat cara-cara tersebut, sebenarnya kita silap. Islam telah menetapkan, secara fitrahnya hati manusia sebenarnya mecintai dan merindui Allah sebagai pencipta...

BERSAMBUNG...

Sunday, January 17, 2010

Rindu dan kegembiraan seorang ayah.

Perginya seorang bapa ke United Kingdom (UK) semata-mata untuk bertemu dengan anak terunanya, bukan kerana merajuk mahupun sedih. Tetapi, melepaskan rindu kepada anaknya.

Anak terunya itu bekerja selama empat tahun dengan sebuah syarikat Arab di Birmingham selepas menamatkan pengajian di sebuah Institusi Pengajian di Mesir.

Seperti rindunya seorang anak kepada keluarganya, apatah lagi sebuah kerinduan seorang bapa kepada anak terunanya tidak dapat disembunyikan dan diselindungkan.

Sebelum berangkat pergi, diminta anak terunanya membawa serunding daging, kopi segera, keropok, kerepek ubi dan pisang.

Pernah satu ketika, anak teruna telah menyuarakan hasratnya untuk mendirikan rumahtangga. Namun, anak muda itu, tidak menyatakan dengan orang mana. Tetapi selepas diselidiki, katanya orang Malaysia.

Alangkah gembira tidak terpalang si bapa apabila mengetahui hasrat anak terunanya. Itulah kegembiraan seorang ayah.

Thursday, January 14, 2010

Cuma untuk bacaan ringan…..

Saat indah awal perkahwinan…..

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama…
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku…. .!

Lepas 25 tahun perkahwinan
Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak…..