Klik 'Play'

Saturday, October 31, 2009

Thursday, October 29, 2009

Hati oh hati

Hati merupakan satu kejadian tuhan yang sangat unik kerana banyat ayat-ayat Allah memberi penekanan kepada perkara ini.

Dalam surah asyu'arak ayat 88 dan 89 bermaksud.

Hari yang tidak memberi manfaat, dengan mempunyai anak pinak yang ramai dan harta benda yang bertimbun melainkan datang kepada Allah dengan hati yang selamat dan sejahtera.

Para ulama' telah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar serta memberi fokus kepada masalah hati.

Kalau kita melihat kepada perkembangan gaya hidup junjungan besar kita dalam hari-harinya, Nabi Muhammad SAW. Baginda selalu berdoa, iaitu.

"Wahai tuhan kami, berilah di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan dan jauhkan kami dari siksa api neraka".


"Wahai tuhan yang membolak balik hati, tetapkanlah hati kami diatas agamaMu dan ketaatan kepadaMu".

Baginda pernah menjelaskan dalam hadith yang sahih.

"Hati manusia berada diantara dua jari-jari Allah Taala yang bersifat dengan sifat Ar-rahman dan Dia membolak balikkan hati manusia mengikut kehendakNya".

Hati manusia merupakan kejadian Allah yang sangat pelik kerana ia boleh berubah dalam sekelip mata.

Oleh sebab itulah, Nabi SAW selalu mengsyorkan kepada umat baginda supaya kita selalu mengamalkan dua doa tersebut.

Imam Al Qayyim al Jauzi menjelaskan, hati ada beberapa jenis iaitu.

Hati yang mengandungi nur dalamnya. Jika sesiapa tidak diberikan nur, makan dia tidak mendapat nur ini sama sekali.

Hati jenis ini dimiliki oleh para imam, para rasul, nabi dan malaikat dimana iman mereka sentiasa meningkat.

Jenis hati yang kedua  ialah, hati yang tertutup iaitu hati golongan munafik yang merupakan yang mendapat Nur tetapi mereka sendiri yang menutup kehadiran cahaya ini.

Mereka tidak mahu mengikuti jalan hidayah yang disediakan oleh Allah.

Ketiga ialah hati yang buta ialah hati orang kafir merupakan orang yang tidak beriman kepada Allah Taala.

Kelima ialah hati yang kadang-kadang ada iman dan dosa. Inilah hati orang seperti kita. Apabila mendengar ayat Allah hati mereka menjadi gementar dan takut.

Oleh itu, janganlah mengabaikan peranan hati dan tetapkan pendirian dalam beragama, amin..


Wanita

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS,
Bukan kerana merah kilauan lipstick,
Pada bibir memekar senyuman kosmetik,
Tetapi pada keperibadian terpelihara,
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA,
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah,
Untuk menggoda pandangan nafsu mata,
Tetapi pada kehidupan terjaga,
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA,
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam,
Sehingga turunkan insan ke dunia,
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira,
Menjadi tunjang perjuangan syuhada',

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK,
Tidak menjerat diri ke lembah kedurhakaan,
Mengalir mutiara di kelopak mata,
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa,
Pada hari kebangkitan semula.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI,
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga,
Tetapi sentiasa bersama,
Menempuh badai di sisi suami tercinta.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU,
Bukan kerana kemewahan di mata,
Tetapi bijak dalam menjauhi persengketaan ipar,
Menjadi penghibur permata keluarga.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU,
Bukan terletak pada kebangkitan anak,
Dalam setiap pertelingkahan,
Tetapi di bawah lembanyung kejayaan,
Membuai anak di kala suami menjalin impian.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA,
Tidak kerana berjaya meruntuh istana,
Tetapi jalinan kasih sayang,
Tulus hati mengagih kasih setara kepada semua.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK,
Bukan memberi harta dunia,
Sehingga generasi lupa,
Tetapi menjadi pendita,
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA,
Bukan kerana menyandang puncak dunia,
Tetapi bijak menangkis rintangan,
Peka membela nasib dan maruah negara,
Menjadi tulang belakang keteguhan semua.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai INTELEKTUALIS.
Bukan kerana menjadi sebutan,
Sehingga menjulang keegoan,
Tetapi mencari ilmu,
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MUSLIMAH,
Bukan kerana keindahan paras rupa,
Sehingga menjadi igauan mata,
Tetapi berpegang pada Akidah Solehah,
Di sebalik tirai jiwa,
Menganyam rindu kekasih pasrah di atas sejadah,
Mengharap keredhaan kehidupan awana.

Tuesday, October 27, 2009

Tuhan...
lama aku gelintar,
cari arah cahaya,
menerangi gelita,

Tuhan...
indahnya hidayah Mu,
sinari ruang kalbu,
luruh airmata ku,
mensyukuri nikmat Mu,

Tuhan...
pimpinlah hati ini,
untuk ku menghayati petunjuk Mu,
walau diuji kesabaranku,
juga keimananku,
tidak tercabar keyakinan ku,
pada janji-janji Mu,
tetap bersujud di hadapan Mu,
merayu cinta Mu,
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah untuk Mu,
betapa ku bersyukur dengan hidayah yang Engkau berikan,
semoga selamanya aku kekal di jalan Mu.
char, char dan char..

Malam ini sekali lagi janji ditunai untuk pergi makan char, nama ringkas..nama penuh ialah char kuew teow dengan housemate. Dia mengatakan char di kedai hitam manis sungguh sedap, aku bertanya di mana kedai tu. Jawabnya, nanti aku bawak mu g kedai tu deh.

Apabila tiba disana, rupa-rupakan kedai tersebut adalah kedai public fon katanya si dia. Ini adalah kerana terdapat satu public fon yang masih berfungsi dalam kedai itu. Kenanganku bersamanya, kembali lagi.huhuhuhu..

Maka, malam ini kami akan ke sana lagi jam 10 malam nanti..

Monday, October 26, 2009

Akhirnya

Setelah berkeinginan untuk mempunyai sebuah blog, akhirnya niat ini tercapai pada malam selasa, 7 Zulkaedah 1430 Hijrah bersamaan dengan 26 Oktober 2009 di Sarang Burung, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Insyallah, jika mempunyai keluangan masa akan cuba sedaya upaya untuk selalu mengemaskinikan blog untuk menjadi tatapan penjenguk kelih blog ini. wasalam.