Klik 'Play'

Friday, December 4, 2009

Jangan dekati zina..

1) Kami tidak berzina!
- Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina.

2) Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah menhampiri zina ?
- Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

3) Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.
- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai  sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engakau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( H R Tabrani ). Syaitan akan menghembuskan nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

4) Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!
- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akanmengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ shaja. Percayalah, ia akan berlanjutan  dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??
 

5) Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?
- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinnyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanyaialah ciuman ( HR Muslim dan Abu Daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.
 

6) Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak di berkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?
 

7) Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”
- Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua je. Kalau ya pun, carilah study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap je bincang pelajaran, yang lain tu dihabiskan dengan fantasi cinta!

8) Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran.
-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.
 

9) Kami sama2 belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi.
- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.
 

10) takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
- Naluri adalah sebahagian drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri iti tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu dating tanpa dinudang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nakurinya. Jagan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/ nafsu.
 

11) Tentu ada cinta secara Islam.
- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku stelah ijab dan qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta bermaruah,bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( HR Ibni Majah).Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.
 

12) Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian perasaan dilayan,kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi mcm kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?
Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun.
 

12) Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
-Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauihi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.


13) Jadi manusia itu tak tahan di uji?.
-Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan Satu peristiwa untuk iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan Nya, manusia tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu . Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi tersebut. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dpt mengawal diri. Demikianlah dengan zina, di tegah berzina. Maka,jalan kerah penzinaan itu juga di larang.  Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

14) Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin. 
-Bolehkah kita percaya dengan perwtakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing2 akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai2 lagi. Masa cinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk aka nada yang pujuk. Banyak orang dah kecewa kerna tertipu dengan kepribadian semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,penyabar. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah sesuatu kepuraaan atau hipokrit.

15) Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
-Bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tetntu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya??

16) Tanya sedikit. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke, ganti bercinta?.
- Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru,kulitnya Nampak berlainan,tetapi isinya tetap sama. Adik angkat,kakak angkat, abang angkat adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk di korbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan ke akhirnya akan bertemu dengan zina.

17) Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
- mengukur maruah diri bukan dengan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza.  Orang yang sedang mabuk cinta akan menyatakan oaring yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya.  Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah di tentukan oleh Allah.

18) Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
- Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah menggadai maruahnya kerana mereka mengahmpiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan  yang berzina atau perempuan musyrik. Dan peremoaun yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman” ( Surah An Nur:3)  Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuia  untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah ianya satu penghinaan Tuhan ??

19) Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
- Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

20) Kami telahpun berjanji sehidup semati.
-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.

21) Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
- Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

22
) jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempaun seperti kereta yang diletakkan di show room shaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan sgelas sirap, bawalah kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..

23)
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti,mereka ada pasangannya. Firman Allah:
“Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempaun yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)

24
) Bagaimana kami?
- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon kemapunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha NYA.

25
) Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?
- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3 syarat:
a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putusakanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slepas ijab qabul.

Ya Allah, hambamu telah tersesat jalan, ampunilal dosa-dosa hamba Mu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan ahklak yang mulia.


Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan,hamba Mu berdosa.

Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak kemana!!

Monday, November 16, 2009

Muhasabah diri

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil.

Menyibukkan diri dengan ketaaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya.

Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).

Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia paspasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu". (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar". (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa". (surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

"Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya.

"Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

Sunday, November 15, 2009

Kasih Sayang Allah Kepada HambaNya

Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya.

Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya.

Maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.

Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?

Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus dibayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?

Tepuk dada tanya iman.

Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:

"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?".

"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"

"Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain?"

Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi?

Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt. Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?"

InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat. Renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.

Friday, November 13, 2009

Kau Ilhamku.

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Thursday, November 12, 2009

KEBESARAN SOLAT DUA HARAKAT.


Setelah ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang paling cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak.”. Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rakaat itu memakan masa selama 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu.

"Tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad saw. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

"Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat, hanya untuk seketika saja dan mereka mengerjakan dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang dan dosa mereka pun akan bertambah juga.

"Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka buat itu, Aku lebih sukai dari solatmu Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibril a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada umat Muhammad sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal yang kekal abadi."

Oleh itu, Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.

Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ramadan.

Allah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat lima.

Allah menyembunyikan tarikh berlaku hari kiamat di dalam semua hari.

Friday, November 6, 2009

Dia..

Semalam, aku pergi ke Seksyen satu BBB, rumah sewa yang telah lama ditinggal bagi mengambil dokumen yang ditinggalkan.

Dalam sibuk-sibuk pencarian itu, mataku tertumpu kepada satu diari pemberian dari si dia. Aku baca setiap helaian demi helaian, lalu..

"Saya nak jadi seperti bunga ros merah. Walaupun cantik, bunga ros merah bukan senang untuk didekati mahupun disentuh," kenangan silam semasa belajar di UKM kembali..

Bunga ros merah sememangnya sangat cantik yang mengambarkan lambang percintaan, kesetiaan dan pengorbanan dalam perhubungan ini.




Kecantikkan inilah yang menjadikan dirinya selalu didampingi dan disayangi kerana baunya yang harum.

Namun, tidak semua pandai menjaganya supaya semakin menjadi bertambah cantik dan berbau harum. Mereka hanya menyukai bunga ros merah. Tetapi tidak pandai memberi perhatian sehingga hilang seri kecantikan.

Kecantikan dia terpelihara dengan duri tajam yang bisa melukakan tangan-tangan jahat yang mahu mencemarkan kesucian sekumtum bunga ros merah.

Saturday, October 31, 2009

Thursday, October 29, 2009

Hati oh hati

Hati merupakan satu kejadian tuhan yang sangat unik kerana banyat ayat-ayat Allah memberi penekanan kepada perkara ini.

Dalam surah asyu'arak ayat 88 dan 89 bermaksud.

Hari yang tidak memberi manfaat, dengan mempunyai anak pinak yang ramai dan harta benda yang bertimbun melainkan datang kepada Allah dengan hati yang selamat dan sejahtera.

Para ulama' telah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar serta memberi fokus kepada masalah hati.

Kalau kita melihat kepada perkembangan gaya hidup junjungan besar kita dalam hari-harinya, Nabi Muhammad SAW. Baginda selalu berdoa, iaitu.

"Wahai tuhan kami, berilah di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan dan jauhkan kami dari siksa api neraka".


"Wahai tuhan yang membolak balik hati, tetapkanlah hati kami diatas agamaMu dan ketaatan kepadaMu".

Baginda pernah menjelaskan dalam hadith yang sahih.

"Hati manusia berada diantara dua jari-jari Allah Taala yang bersifat dengan sifat Ar-rahman dan Dia membolak balikkan hati manusia mengikut kehendakNya".

Hati manusia merupakan kejadian Allah yang sangat pelik kerana ia boleh berubah dalam sekelip mata.

Oleh sebab itulah, Nabi SAW selalu mengsyorkan kepada umat baginda supaya kita selalu mengamalkan dua doa tersebut.

Imam Al Qayyim al Jauzi menjelaskan, hati ada beberapa jenis iaitu.

Hati yang mengandungi nur dalamnya. Jika sesiapa tidak diberikan nur, makan dia tidak mendapat nur ini sama sekali.

Hati jenis ini dimiliki oleh para imam, para rasul, nabi dan malaikat dimana iman mereka sentiasa meningkat.

Jenis hati yang kedua  ialah, hati yang tertutup iaitu hati golongan munafik yang merupakan yang mendapat Nur tetapi mereka sendiri yang menutup kehadiran cahaya ini.

Mereka tidak mahu mengikuti jalan hidayah yang disediakan oleh Allah.

Ketiga ialah hati yang buta ialah hati orang kafir merupakan orang yang tidak beriman kepada Allah Taala.

Kelima ialah hati yang kadang-kadang ada iman dan dosa. Inilah hati orang seperti kita. Apabila mendengar ayat Allah hati mereka menjadi gementar dan takut.

Oleh itu, janganlah mengabaikan peranan hati dan tetapkan pendirian dalam beragama, amin..


Wanita

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS,
Bukan kerana merah kilauan lipstick,
Pada bibir memekar senyuman kosmetik,
Tetapi pada keperibadian terpelihara,
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA,
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah,
Untuk menggoda pandangan nafsu mata,
Tetapi pada kehidupan terjaga,
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA,
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam,
Sehingga turunkan insan ke dunia,
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira,
Menjadi tunjang perjuangan syuhada',

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK,
Tidak menjerat diri ke lembah kedurhakaan,
Mengalir mutiara di kelopak mata,
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa,
Pada hari kebangkitan semula.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI,
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga,
Tetapi sentiasa bersama,
Menempuh badai di sisi suami tercinta.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU,
Bukan kerana kemewahan di mata,
Tetapi bijak dalam menjauhi persengketaan ipar,
Menjadi penghibur permata keluarga.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU,
Bukan terletak pada kebangkitan anak,
Dalam setiap pertelingkahan,
Tetapi di bawah lembanyung kejayaan,
Membuai anak di kala suami menjalin impian.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA,
Tidak kerana berjaya meruntuh istana,
Tetapi jalinan kasih sayang,
Tulus hati mengagih kasih setara kepada semua.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK,
Bukan memberi harta dunia,
Sehingga generasi lupa,
Tetapi menjadi pendita,
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA,
Bukan kerana menyandang puncak dunia,
Tetapi bijak menangkis rintangan,
Peka membela nasib dan maruah negara,
Menjadi tulang belakang keteguhan semua.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai INTELEKTUALIS.
Bukan kerana menjadi sebutan,
Sehingga menjulang keegoan,
Tetapi mencari ilmu,
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MUSLIMAH,
Bukan kerana keindahan paras rupa,
Sehingga menjadi igauan mata,
Tetapi berpegang pada Akidah Solehah,
Di sebalik tirai jiwa,
Menganyam rindu kekasih pasrah di atas sejadah,
Mengharap keredhaan kehidupan awana.

Tuesday, October 27, 2009

Tuhan...
lama aku gelintar,
cari arah cahaya,
menerangi gelita,

Tuhan...
indahnya hidayah Mu,
sinari ruang kalbu,
luruh airmata ku,
mensyukuri nikmat Mu,

Tuhan...
pimpinlah hati ini,
untuk ku menghayati petunjuk Mu,
walau diuji kesabaranku,
juga keimananku,
tidak tercabar keyakinan ku,
pada janji-janji Mu,
tetap bersujud di hadapan Mu,
merayu cinta Mu,
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah untuk Mu,
betapa ku bersyukur dengan hidayah yang Engkau berikan,
semoga selamanya aku kekal di jalan Mu.
char, char dan char..

Malam ini sekali lagi janji ditunai untuk pergi makan char, nama ringkas..nama penuh ialah char kuew teow dengan housemate. Dia mengatakan char di kedai hitam manis sungguh sedap, aku bertanya di mana kedai tu. Jawabnya, nanti aku bawak mu g kedai tu deh.

Apabila tiba disana, rupa-rupakan kedai tersebut adalah kedai public fon katanya si dia. Ini adalah kerana terdapat satu public fon yang masih berfungsi dalam kedai itu. Kenanganku bersamanya, kembali lagi.huhuhuhu..

Maka, malam ini kami akan ke sana lagi jam 10 malam nanti..

Monday, October 26, 2009

Akhirnya

Setelah berkeinginan untuk mempunyai sebuah blog, akhirnya niat ini tercapai pada malam selasa, 7 Zulkaedah 1430 Hijrah bersamaan dengan 26 Oktober 2009 di Sarang Burung, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Insyallah, jika mempunyai keluangan masa akan cuba sedaya upaya untuk selalu mengemaskinikan blog untuk menjadi tatapan penjenguk kelih blog ini. wasalam.