Klik 'Play'

Monday, November 16, 2009

Muhasabah diri

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil.

Menyibukkan diri dengan ketaaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya.

Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).

Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia paspasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu". (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar". (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa". (surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

"Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya.

"Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

Sunday, November 15, 2009

Kasih Sayang Allah Kepada HambaNya

Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya.

Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya.

Maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.

Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?

Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus dibayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?

Tepuk dada tanya iman.

Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:

"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?".

"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"

"Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain?"

Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi?

Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt. Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?"

InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat. Renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.

Friday, November 13, 2009

Kau Ilhamku.

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Thursday, November 12, 2009

KEBESARAN SOLAT DUA HARAKAT.


Setelah ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang paling cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak.”. Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rakaat itu memakan masa selama 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu.

"Tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad saw. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

"Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat, hanya untuk seketika saja dan mereka mengerjakan dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang dan dosa mereka pun akan bertambah juga.

"Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka buat itu, Aku lebih sukai dari solatmu Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibril a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada umat Muhammad sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal yang kekal abadi."

Oleh itu, Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.

Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ramadan.

Allah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat lima.

Allah menyembunyikan tarikh berlaku hari kiamat di dalam semua hari.

Friday, November 6, 2009

Dia..

Semalam, aku pergi ke Seksyen satu BBB, rumah sewa yang telah lama ditinggal bagi mengambil dokumen yang ditinggalkan.

Dalam sibuk-sibuk pencarian itu, mataku tertumpu kepada satu diari pemberian dari si dia. Aku baca setiap helaian demi helaian, lalu..

"Saya nak jadi seperti bunga ros merah. Walaupun cantik, bunga ros merah bukan senang untuk didekati mahupun disentuh," kenangan silam semasa belajar di UKM kembali..

Bunga ros merah sememangnya sangat cantik yang mengambarkan lambang percintaan, kesetiaan dan pengorbanan dalam perhubungan ini.




Kecantikkan inilah yang menjadikan dirinya selalu didampingi dan disayangi kerana baunya yang harum.

Namun, tidak semua pandai menjaganya supaya semakin menjadi bertambah cantik dan berbau harum. Mereka hanya menyukai bunga ros merah. Tetapi tidak pandai memberi perhatian sehingga hilang seri kecantikan.

Kecantikan dia terpelihara dengan duri tajam yang bisa melukakan tangan-tangan jahat yang mahu mencemarkan kesucian sekumtum bunga ros merah.