Klik 'Play'

Thursday, November 12, 2009

KEBESARAN SOLAT DUA HARAKAT.


Setelah ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang paling cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak.”. Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rakaat itu memakan masa selama 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu.

"Tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad saw. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

"Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat, hanya untuk seketika saja dan mereka mengerjakan dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang dan dosa mereka pun akan bertambah juga.

"Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka buat itu, Aku lebih sukai dari solatmu Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibril a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada umat Muhammad sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal yang kekal abadi."

Oleh itu, Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.

Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ramadan.

Allah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat lima.

Allah menyembunyikan tarikh berlaku hari kiamat di dalam semua hari.

No comments:

Post a Comment