Semalam, aku pergi ke Seksyen satu BBB, rumah sewa yang telah lama ditinggal bagi mengambil dokumen yang ditinggalkan.
Dalam sibuk-sibuk pencarian itu, mataku tertumpu kepada satu diari pemberian dari si dia. Aku baca setiap helaian demi helaian, lalu..
"Saya nak jadi seperti bunga ros merah. Walaupun cantik, bunga ros merah bukan senang untuk didekati mahupun disentuh," kenangan silam semasa belajar di UKM kembali..
Bunga ros merah sememangnya sangat cantik yang mengambarkan lambang percintaan, kesetiaan dan pengorbanan dalam perhubungan ini.
Kecantikkan inilah yang menjadikan dirinya selalu didampingi dan disayangi kerana baunya yang harum.
Namun, tidak semua pandai menjaganya supaya semakin menjadi bertambah cantik dan berbau harum. Mereka hanya menyukai bunga ros merah. Tetapi tidak pandai memberi perhatian sehingga hilang seri kecantikan.
Kecantikan dia terpelihara dengan duri tajam yang bisa melukakan tangan-tangan jahat yang mahu mencemarkan kesucian sekumtum bunga ros merah.


No comments:
Post a Comment