Klik 'Play'

Thursday, October 29, 2009

Hati oh hati

Hati merupakan satu kejadian tuhan yang sangat unik kerana banyat ayat-ayat Allah memberi penekanan kepada perkara ini.

Dalam surah asyu'arak ayat 88 dan 89 bermaksud.

Hari yang tidak memberi manfaat, dengan mempunyai anak pinak yang ramai dan harta benda yang bertimbun melainkan datang kepada Allah dengan hati yang selamat dan sejahtera.

Para ulama' telah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar serta memberi fokus kepada masalah hati.

Kalau kita melihat kepada perkembangan gaya hidup junjungan besar kita dalam hari-harinya, Nabi Muhammad SAW. Baginda selalu berdoa, iaitu.

"Wahai tuhan kami, berilah di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan dan jauhkan kami dari siksa api neraka".


"Wahai tuhan yang membolak balik hati, tetapkanlah hati kami diatas agamaMu dan ketaatan kepadaMu".

Baginda pernah menjelaskan dalam hadith yang sahih.

"Hati manusia berada diantara dua jari-jari Allah Taala yang bersifat dengan sifat Ar-rahman dan Dia membolak balikkan hati manusia mengikut kehendakNya".

Hati manusia merupakan kejadian Allah yang sangat pelik kerana ia boleh berubah dalam sekelip mata.

Oleh sebab itulah, Nabi SAW selalu mengsyorkan kepada umat baginda supaya kita selalu mengamalkan dua doa tersebut.

Imam Al Qayyim al Jauzi menjelaskan, hati ada beberapa jenis iaitu.

Hati yang mengandungi nur dalamnya. Jika sesiapa tidak diberikan nur, makan dia tidak mendapat nur ini sama sekali.

Hati jenis ini dimiliki oleh para imam, para rasul, nabi dan malaikat dimana iman mereka sentiasa meningkat.

Jenis hati yang kedua  ialah, hati yang tertutup iaitu hati golongan munafik yang merupakan yang mendapat Nur tetapi mereka sendiri yang menutup kehadiran cahaya ini.

Mereka tidak mahu mengikuti jalan hidayah yang disediakan oleh Allah.

Ketiga ialah hati yang buta ialah hati orang kafir merupakan orang yang tidak beriman kepada Allah Taala.

Kelima ialah hati yang kadang-kadang ada iman dan dosa. Inilah hati orang seperti kita. Apabila mendengar ayat Allah hati mereka menjadi gementar dan takut.

Oleh itu, janganlah mengabaikan peranan hati dan tetapkan pendirian dalam beragama, amin..


No comments:

Post a Comment